Get this gadget at facebook popup like box

Your Exclusive Personalized Chocolate

Tuesday, November 27, 2012

Crepe Jejari Coklat Rangup

Sudah lama tak update, hari ini kami mahu berkongsi resipi crepe yang hangat melanda dunia kulnari di Malaysia. Ada crepe durian, mangga dan sebagainya, tapi saya nak kongsi resipi spesial crepe yang menjadi kegemaran anak-anak.
 
Crepe Jejari Coklat Rangup

Bahan
150g tepung gandum
15g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
...
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula kastor
1 biji telur gred A

250ml susu cair
25ml krim pekat (guna susu pekat pun boleh)
1/2 sudu teh pes coklat (coklat dicairkan)

Bahan Taburan:
100g keju cheddar parut
1 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan peanut butter
150g pes coklat

Cara caranya
1.Ayak tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.
Masukkan garam dan gula pasir.Kacau rata.Ketepikan.
2.Campurkan telur,susu cair,krim pekat dan pes coklat.Kacau rata.Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau sehingga rata.
3.Panaskan non sticks
4.Buat nipis-nipis. Tidak perlu diterbalikkan
5.Sapukan nipis coklat diikuti penut butter, Lebihkan di bahagian tengah supaya nampak berinti (spt dalam gambar) .Taburkan keju parut dan gula pasir di salah satu bahagian tepinya. Gulung bentuk jejari. Kanak-kanak menyukai bentuk ini.Selamat mencuba dan silakaaaaan share kepada yang lain, pasti sedap!

No comments:

Post a Comment