Get this gadget at facebook popup like box

Your Exclusive Personalized Chocolate

Thursday, January 5, 2012

Azam tahun baru

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca sekelian. Kali ini saya ingin bercerita tentang azam tahun baru chocomeltz chocolate. Dalam sedikit masa lagi saya akan daftarkan perniagaan ini. Semasa saya menghadiri kursus keushawanan coklat bersama Koko Malaysia baru baru ini barulah saya tahu bahawa perkataan 'coklat' tidak boleh diletakkan pada nama syarikat. Hanya boleh dibenarkan sekiranya menjual bahan coklat tulen sahaja. Ini terkandung dalam Akta Pemakanan 1983.
Nama baru akan saya umumkan kemudian.Saya juga dalam proses untuk menjadi usahawan di bawah bimbingan Koko Malaysia.

Satu lagi sebenarnya saya telah dicabar oleh anak lelaki saya Luqmannulhakim supaya mencapai sasaran fans di FB saya seramai 5000 orang pada hujung tahun ini.Tak sangka keluar dari mulutnya kata-kata berikut. "Abang bercita-cita nak capai 5A UPSR tahun ni, ibu pun kena capai target 5000 fanslah, kan ibu selalu ajar abang supaya kita kena ada anjakan paradigma kena hebat jangan biasa-biasa". Ketika artikel ini ditulis fans saya baru menunjukkan angka 403!. Saya cuba buktikan kepada anak lelaki saya!

Satu lagi azam tahun ini ialah saya akan meningkatkan kualiti dan jualan coklat saya agar semakin menarik dan memuaskan hati pelanggan.

No comments:

Post a Comment