
1. Pada suhu badan manusia pun coklat mudah mencair, ini kerana tingginya kandungan koko butter.
2. Permukaan coklat halus, berkilat & warnanya rata.
3. Dark Coklat/coklat hitam tidak kelihatan bewarna hitam tetapi coklat kehitaman.
4. Sewaktu mematahkan coklat, kita boleh lihat tekstur/stukturnya seperti patahan dahan/kayu.
5. Apabila di makan, tidak rasa berpasir, tidak rasa seperti lilin. Sepatutnya rasa halus, tidak berminyak & creamy.
Ciri-ciri di atas benar-benar boleh membantu sepatutnya. Namun adakala ia tidak membantu untuk kita mengenali keaslian coklat kerana cara penyimpanannya, bahan lain yang dicampurkan ke dalam coklat & mungkin juga suhu pencairan dan pengerasan yang tidak tepat. Moga 5 perkara mengenali coklat premium ini benar-benar membantu para pengusaha coklat ketika berhadapan dengan pelbagai jenama coklat di pasaran.
No comments:
Post a Comment